Sabtu, 25 Mac 2017

Crushh? Tersuka Pada Seseorang?

Aku ni sebenarnya bukan jenis yang senang suka kat lelaki tau. Betull! Tak tipu! . Untuk aku suka kat lelaki ni tersangat lah payah.. nak nak lagi laki yang poyo. Jenis yang poyo ni selalu sangat makan jelingan aku. Aku dengan lelaki ni susah nak berkompromi cam tak kamceng. Tapiii.. yang aku peliknya.. time sekolah rendah dulu boleh pulak berkejar kejaran dengan lelaki (cehhh.. berkejar kejaran yeeerr.. cam bajet duk berlari lari kat pantai dengan lagu hindustan berkumandang ke zaf?lagi satu.. nama pun sekolah rendah.. bebudak lagi kau masa tu. Memang lah boleh berkejar kejaran bagai. Sekarang ni kau besar dah remaja takkan nak berkejar kejaran lagi? Owwhh.. pleaseee nak muntah aku kalau tu yg trjadi. 💁) hmmmmm kaw kaw kau bagi aku yerr.. tak tertinggal langsung kalau bab nak membangkang ape yg aku rasa.. asyik nak menang je kan? Hah.. hah.. ambik ! Kau menang 😒. Kita bebalik ke topik asal ek.. masa sekolah menengah terus tak kenal erti lelaki. Hahaha cam menipulah pulak kan sampai tak kenal lelaki bagai. takk.. maksud aku.. aku terus tak peduli kan pasal segala benda kaum Adam ni. Time sek menengah ni duk gian berkawan lagi. Tapi sekejap jelah.. f3 terus kenal lelaki. Lupa pulak.. aku ni sek arab . Kelas tak bercampur.. sebab tu aku cakap aku tak kenal lelaki. Kalau tanya aku nama budak laki tu apa.. abg senior tu nama apa.. errmmm memang tak kenal lah jawab nya. Masuk f3 tu gatal sikit hehehe. Sebenarnya bukan gatal pon. Tapi f3 ni aku TERkawan dengan geng budak famous n cantik . Sebab tu boleh kenal dengan beberapa lelaki ni. Sebab tu jer.. kalau idokk memang idokk lerr nak kenal dorang tu semua . Laki yang aku kenal masa f3 geng geng otak mereng. Tapi mereng mereng pon dorang baik . Aku ingat lagi.. salah sorang geng dorang keputusan exam dia okay.. then dapat lah masuk kelas aku. F3 bercampur sebab senang cikgu nak target budak budak pandai. (Tapi aku tak termasuk lah) . Subjek kemahiran hidup pulak time tu kena buat yang kayu kayu tu.. yang lain semua dah siap. Geng aku jer yang tak siap lagi. Tapi tak semua geng aku la.. dalam 3 orang jer lagi yang tak siap termasuk lah aku sekali. Hehehe. Memang dalam kelas geng aku ni macam geng budak laki yang kelas last perangainya.. pemalass Hahahaha. Budak laki yang baru masuk kelas kitorang pon tak siap lagi.. diorang pon baru nak start buat macam kitorang jugak . Kann aku dah cakap geng aku memang macam geng budak laki. Tak main lah siap awal awal ni.. bajet bajet best student pulak nak siap awal awal. Kitorang pon apa lagi.. time ni laa nak buli budak laki tu .. hahhaha.. bukan buli pon sebenarnya .. mintak pertolongan je. kitorang mintak budak laki tu tuk siapkan keje kitorang. Nasib baik la dia ni jenis yang baik hati. Dan yang best nya lagi.. esoknya jugak dia siap kan . Ketiga tiga dia siap kan . Termasuk yang dia sekali. Terkezutt kitorang.. yeelaahh.. kitorang dah cakap.. tak siap cepat pon tak pe.. asalkan dah sudi nak tolong pon kitorang dah bersyukur sangat sangat dah.

Waktu f4 ni lahh yang aku nak cerita sebenarnya. (Laa.. yang atas tu baru mukadimmah lah jawabnya? .. amboii.. kemain panjang nau mukadimmah nyee.. ) sorry laa.. aku cerita lah dulu benda benda tu semua. Kalau aku terus hentam cerita ni aku takut ada yang tak paham pulak. Tapi.. seyes aku cakap aku nak siapkan cerita ni bukan main lama lagi.. 2 minggu makan masa. Dasyatkan? Padahal cerita bukan seronok sangat , bukannya benda yamg reka reka.. benda dah terjadi dah pun, bukannya tulis novel bagai.. cerita pengalaman jer.. tapi kemain lama nak siap . Ish ish ish.. nak buat camne.. amatur laaa katakan. Tak biasa lagi. (Ye ye jerr.. amatur konon.. kau tu yang malas nak menaip . Cerita nak.. tapi pemalas hangit..) adoiii kau ni pesal hati? Nak cari gaduh ke? Asyik nak membangkang aje keje kau ye. Tak pernah nak setuju dengan apa yang aku cakap. Nilahh orang cakap .. hati dan akal memang tak sebulu.. tak boleh nak kamceng... ade jerr yang tak puas hati nya. Nak dijadikan cerita , hujung tahun f4 rasanya la.. aku terperasan sorang budak laki kelas kedua . Sado bakhangg ! Boleh dikategorikan sadolah tuk pelajar sekolah kalau nak dibandingkan dengan pelajar pelajar lain yang sekeping ajerr hahaha. Kalau f4 ,, jadi tahun 2014 . 2014 nikan trend sado sadi sebab tu aku boleh terperasan dia ni. Tapi yang aku pelik time aku f3 aku dah bersosial dah time tu😕 tapi kenapa boleh tak terperasan dia ni. Muka pun helokk jugak tapi aku tak perasan jugak ??? Hmmm mungkin kegatalan dan kegedikan aku sedang meningkat naik tahun 2014 kot . Yeee .. berkemungkinan yang paling besar . Jadi ... kalau korang nak tahu.. sampaiii sekarang aku masih suka dia. Aku tak tahu apa yang aku nampak kat dia. Dia punya sado tu bukanlah sebab yang utama aku suka dia. Mungkin mula mula tu ye laa.. minat tuk suka suka je. Dann tuk pengetahuan korang ..aku ni bukan lah jenis yang boleh minat orang lama lama. Sebab f2&f3 aku dah ada minat budak laki ni. Dan f2 orang lain dan f3 pulak orang lain. Dan f4 jugak orang lain.. tapi f4  sampai 4tahun aku minat dia ?!! Apahalll? Aku sendidi pun rasa nak ketuk kepala aku kat dinding tau. Sebab aku rasa tu bukan aku... aku tak pernah suka orang sampai 4tahun tahu. Sekarang pun aku tengah stalk ig dia. Huhh 😧letihh tahu minat orang dalam diam ni. Stress !  Aku doa sangat perasaan aku ni akan hilang tak lama lgi. Aku okay je nak minat dia dalam diam selama lamanya pun. Tapi masalahnya mamat ni dah ada orang yang dia suka. Dan dari hasil penyiasatan aku jugak.. dia pun suka dalam diam jugak. Hahaha. Kesiannn. 😂 (kesian? Kau cakap kat mamat tu kei zaf? Kau pun sama lahh ..suka mamat tu dalam diam.. 4 tahun pulak tu . Kau lagi kesian aku rasa 😂😂😂.) Haiihhh yelahhh 😑aku pun sama je lah.. adoiii hidup .. hidup .. hahaha

Rabu, 10 Ogos 2016

Apa Itu STAM?

STAM?ape benda? Haaa!nak tahu tak benda apa STAM ni sebenarnya? Nak tahu ke idokk?haaa.. mehh dekat dekat sikit bior jolah dengar tu ehh. ok.. nama panjang dia SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA(STAM) . Alright..nama panjang dia dah tahu.. sekarang umo dia pulak. Aikk?lain macam dah ni.. umor pun ada ? Isshhh adaa!!haaa... tak tahu ler tu 😛. Umor dia SETAHUN . Dalam kata lain, tempoh pembelajaran tu . Hehehehe sorry . Kekadang gurau gurau pe salah nya kan? Next..... jap !aku rasa korang tak faham la kalau aku tulis macam ni kan?serabut kan?tak nampak kan?susah nak baca kan? Ok.. kita tukar cara penyampaian ..kita buat macam ni👇👇

STAM TU APE?

Stam ni bertaraf diploma tau. Benda ni macam STPM jugak. Kalau dulu .. STAM tak diiktiraf sebagai taraf diploma . Sebab tu lah korang jarang dengar pasal STAM ni. Takde orang nak ambik. Kalau ustazah aku citer STAM ni dulu orang tak panggil STAM, diorang panggil STU . Sape yang ambil STU, takleh masuk Universiti universiti kat Malaysia ni. Diorang wajib pergi MESIR. STU takleh diguna pakai kat Malaysia. Kerajaan angkat sebagai sijil pengajian antarabangsa.

APA YANG DIPELAJARI dan BERAPA SUBJEK ?

Subjek yang akan dipelajari semuanya subjek agama sebanyak 10  subjek . Antaranya:-
- Al Quran / Tajwid
-Hadis / Mustolah
-Tauhid / Mantiq
-Balaghah
-Insyak
-Mutolaah
-Arudh / Qofiyyah
-Feqah / Faraid
-Adab / Nusus
-Nahu / Soraf

Dan yang terakhir ialah MUET. Korang akan ambil MUET awal daripada orang lepas SPM yang terus masuk U tu. Diorang akan ambil diploma selama 2 tahun setengah. Tapi yang ambil STAM hanya 1 TAHUN ajerrr!! Haaaaa! Hebat kan? Tak teringin ker?

KELEBIHAN STAM

kelebihan dia tersangat lah banyak . Haaa! Nak tahu tak pebenda nya ? Serious.. aku tak tipu pun korang .. seyes banyak giler kelebihan . Antaranya :-
- Save umor😏😏
- Diploma 1 tahun dan terus sambung ijazah .
-Automatik boleh pergi luar negara. (Mesir,Jordan,Turkey)
-Banyak Ilmu agama dapat diperolehi
-Still budak sekolah 😂 ( sape sape yang rasa tak puas lagi jadi budak sekolah)

SIAPA YANG BOLEH AMBIL STAM NI?

ok.... sape yang boleh ambil STAM ye?yang boleh ambil STAM hanya lah pelajar pelajar yang bersekolah AGAMA sahaja. Seperti .. SMKA ,SMUA,MAAHAD dan PONDOK.

Isnin, 11 Julai 2016

Teruja kau!

Alhamdullilah.. dapat jugak aku buat blog ni. Since 2 tahun lepas lagi nak cuba buat blog ni tapi tak dapat dapat. Terpaksa lah aku melepaskan hasratku yang tidak kesampaian terkubur begitu sahaja tanpa ku ambil peduli. Cehh. Baru start dah jiwang bagai dah pa kes? Kalau lah ada orang TER .. TER.. baca post aku ni..yelahkan sape la kita ni .. takkan la ada orang bertungkus lumus nak search bagai semata mata sbb blog aku ni kan?memang tak mungkin la kan? Haaa.. nampak tak aku punya sifat rendah diri ni? ( amboii zaff..definasi rendah diri tu..orang yang HEBAT tapi dia tak bongkak apa yang dia ada . Yang kau ni tiba tiba labelkan kau rendah diri dah knapa ?jauh sangat kau berangan tu zaf )
Hmmm.. yelah yelah.. bukan sifat rendah diri la kan? Habis sifat apa tu? Tinggi diri?hahahah . Ok tutup cerita tinggi rendah ni..aku sambung balik bab TER tadi...tak habis lagi apa aku nak cakap tiba tiba datang pulak bab lain. Okay..sape yang telah TER tekan or baca or search or whatever lah asalkan kau TER. Haha. (Aku rasa cam terbelit je ayat aku tu . Lantak pi lah..bukan ada orang baca pun. Aku sendiri pun takkan baca dah nanti . Kahkahkah). Jangan hentikan perbuatan TER anda tu yer. Kalau boleh hari hari TER pun takpa. Hehehe. Tapi kalau dah hari hari ..konfirm2 kau orang akan baca bnda yg sama je.. yelahhh aku bukan post hari hari pun . Hahahaha. Tapi apasalahnye kan?ziarah menziarahi ni kan bagus...hahhaa. Panjang jugak aku tulis yer. Takku sangka . Oh yer.. kepada yang TER tu ..kalau korang curious dengan tajuk blog aku tu "GROW UP" . Meh aku citer yer..camni sebenarnya time aku buat blog ni..kan aku ada cakap aku dah cuba byk kali bnda tapi tak reti kan?.so bila dah jadi nii... aku jadi terlalu excited sangat nak menulis.. i mean menaip. Then aku pun jadi stress time nak taruh tajuk ni. Yelah kan ..kita excited kan benda lain tapi rasa excited terhalang..sbb tu sampai stress bagai. So aku pun malas nak fikir ..apa yang keluar dari kepala otak aku ..aku tulis jer. At the end , perkataan ni lah yang keluarr " GROW UP" . ( macam cabutan bertuah pulak aku rasa ). Bosan ke apa yang aku cerita ni? Bosan? Hmmm aku pun rasa camtu gak. Aku sendiri takde rasa apa apa bila aku baca balik citer aku ni. takpelah.. first time kan.. memang lah macam ni . Nanti lama lama ok lah sikik kan?( hmmm.. kasi semangat tuk diri sndiri..sadisss betull ). Oklah aku pun bosan dah . Taktahu nak citer apa dah. Oh lupa nak gitau yang aku buat blog ni tuk suka suka je .. lebih kurang macam diary aku jer but lain sikit lah . Macam luahan aku pun ada gak. Blog ni aku akan cerita semua benda termasuk bnda yang aku benci tu pun kalau aku ingat . Tadi pun banyak benda aku nak citer tapi tengah syok duk menaip tiba tiba hilang pulak idea haa. Yang ni pun nasib baik aku teringat. Eh terr la .. hahaha. Ok bye kepada yang TER even 1 or 2 orang pun takpe . Aku tak harap pun blog aku ni femes or ramai yang follow. Kalau takde orang baca pun aku just ok je. Lagi bagus. Hehehehe. Tapi kalau dah TER tu teruskan jelah baca yer.. mana tahu tiba tiba terdetik pulak hati nam follow itteww. Kahkahkah . kbye