Rabu, 10 Ogos 2016

Apa Itu STAM?

STAM?ape benda? Haaa!nak tahu tak benda apa STAM ni sebenarnya? Nak tahu ke idokk?haaa.. mehh dekat dekat sikit bior jolah dengar tu ehh. ok.. nama panjang dia SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA(STAM) . Alright..nama panjang dia dah tahu.. sekarang umo dia pulak. Aikk?lain macam dah ni.. umor pun ada ? Isshhh adaa!!haaa... tak tahu ler tu 😛. Umor dia SETAHUN . Dalam kata lain, tempoh pembelajaran tu . Hehehehe sorry . Kekadang gurau gurau pe salah nya kan? Next..... jap !aku rasa korang tak faham la kalau aku tulis macam ni kan?serabut kan?tak nampak kan?susah nak baca kan? Ok.. kita tukar cara penyampaian ..kita buat macam ni👇👇

STAM TU APE?

Stam ni bertaraf diploma tau. Benda ni macam STPM jugak. Kalau dulu .. STAM tak diiktiraf sebagai taraf diploma . Sebab tu lah korang jarang dengar pasal STAM ni. Takde orang nak ambik. Kalau ustazah aku citer STAM ni dulu orang tak panggil STAM, diorang panggil STU . Sape yang ambil STU, takleh masuk Universiti universiti kat Malaysia ni. Diorang wajib pergi MESIR. STU takleh diguna pakai kat Malaysia. Kerajaan angkat sebagai sijil pengajian antarabangsa.

APA YANG DIPELAJARI dan BERAPA SUBJEK ?

Subjek yang akan dipelajari semuanya subjek agama sebanyak 10  subjek . Antaranya:-
- Al Quran / Tajwid
-Hadis / Mustolah
-Tauhid / Mantiq
-Balaghah
-Insyak
-Mutolaah
-Arudh / Qofiyyah
-Feqah / Faraid
-Adab / Nusus
-Nahu / Soraf

Dan yang terakhir ialah MUET. Korang akan ambil MUET awal daripada orang lepas SPM yang terus masuk U tu. Diorang akan ambil diploma selama 2 tahun setengah. Tapi yang ambil STAM hanya 1 TAHUN ajerrr!! Haaaaa! Hebat kan? Tak teringin ker?

KELEBIHAN STAM

kelebihan dia tersangat lah banyak . Haaa! Nak tahu tak pebenda nya ? Serious.. aku tak tipu pun korang .. seyes banyak giler kelebihan . Antaranya :-
- Save umor😏😏
- Diploma 1 tahun dan terus sambung ijazah .
-Automatik boleh pergi luar negara. (Mesir,Jordan,Turkey)
-Banyak Ilmu agama dapat diperolehi
-Still budak sekolah 😂 ( sape sape yang rasa tak puas lagi jadi budak sekolah)

SIAPA YANG BOLEH AMBIL STAM NI?

ok.... sape yang boleh ambil STAM ye?yang boleh ambil STAM hanya lah pelajar pelajar yang bersekolah AGAMA sahaja. Seperti .. SMKA ,SMUA,MAAHAD dan PONDOK.

Isnin, 11 Julai 2016

Teruja kau!

Alhamdullilah.. dapat jugak aku buat blog ni. Since 2 tahun lepas lagi nak cuba buat blog ni tapi tak dapat dapat. Terpaksa lah aku melepaskan hasratku yang tidak kesampaian terkubur begitu sahaja tanpa ku ambil peduli. Cehh. Baru start dah jiwang bagai dah pa kes? Kalau lah ada orang TER .. TER.. baca post aku ni..yelahkan sape la kita ni .. takkan la ada orang bertungkus lumus nak search bagai semata mata sbb blog aku ni kan?memang tak mungkin la kan? Haaa.. nampak tak aku punya sifat rendah diri ni? ( amboii zaff..definasi rendah diri tu..orang yang HEBAT tapi dia tak bongkak apa yang dia ada . Yang kau ni tiba tiba labelkan kau rendah diri dah knapa ?jauh sangat kau berangan tu zaf )
Hmmm.. yelah yelah.. bukan sifat rendah diri la kan? Habis sifat apa tu? Tinggi diri?hahahah . Ok tutup cerita tinggi rendah ni..aku sambung balik bab TER tadi...tak habis lagi apa aku nak cakap tiba tiba datang pulak bab lain. Okay..sape yang telah TER tekan or baca or search or whatever lah asalkan kau TER. Haha. (Aku rasa cam terbelit je ayat aku tu . Lantak pi lah..bukan ada orang baca pun. Aku sendiri pun takkan baca dah nanti . Kahkahkah). Jangan hentikan perbuatan TER anda tu yer. Kalau boleh hari hari TER pun takpa. Hehehe. Tapi kalau dah hari hari ..konfirm2 kau orang akan baca bnda yg sama je.. yelahhh aku bukan post hari hari pun . Hahahaha. Tapi apasalahnye kan?ziarah menziarahi ni kan bagus...hahhaa. Panjang jugak aku tulis yer. Takku sangka . Oh yer.. kepada yang TER tu ..kalau korang curious dengan tajuk blog aku tu "GROW UP" . Meh aku citer yer..camni sebenarnya time aku buat blog ni..kan aku ada cakap aku dah cuba byk kali bnda tapi tak reti kan?.so bila dah jadi nii... aku jadi terlalu excited sangat nak menulis.. i mean menaip. Then aku pun jadi stress time nak taruh tajuk ni. Yelah kan ..kita excited kan benda lain tapi rasa excited terhalang..sbb tu sampai stress bagai. So aku pun malas nak fikir ..apa yang keluar dari kepala otak aku ..aku tulis jer. At the end , perkataan ni lah yang keluarr " GROW UP" . ( macam cabutan bertuah pulak aku rasa ). Bosan ke apa yang aku cerita ni? Bosan? Hmmm aku pun rasa camtu gak. Aku sendiri takde rasa apa apa bila aku baca balik citer aku ni. takpelah.. first time kan.. memang lah macam ni . Nanti lama lama ok lah sikik kan?( hmmm.. kasi semangat tuk diri sndiri..sadisss betull ). Oklah aku pun bosan dah . Taktahu nak citer apa dah. Oh lupa nak gitau yang aku buat blog ni tuk suka suka je .. lebih kurang macam diary aku jer but lain sikit lah . Macam luahan aku pun ada gak. Blog ni aku akan cerita semua benda termasuk bnda yang aku benci tu pun kalau aku ingat . Tadi pun banyak benda aku nak citer tapi tengah syok duk menaip tiba tiba hilang pulak idea haa. Yang ni pun nasib baik aku teringat. Eh terr la .. hahaha. Ok bye kepada yang TER even 1 or 2 orang pun takpe . Aku tak harap pun blog aku ni femes or ramai yang follow. Kalau takde orang baca pun aku just ok je. Lagi bagus. Hehehehe. Tapi kalau dah TER tu teruskan jelah baca yer.. mana tahu tiba tiba terdetik pulak hati nam follow itteww. Kahkahkah . kbye