STAM?ape benda? Haaa!nak tahu tak benda apa STAM ni sebenarnya? Nak tahu ke idokk?haaa.. mehh dekat dekat sikit bior jolah dengar tu ehh. ok.. nama panjang dia SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA(STAM) . Alright..nama panjang dia dah tahu.. sekarang umo dia pulak. Aikk?lain macam dah ni.. umor pun ada ? Isshhh adaa!!haaa... tak tahu ler tu 😛. Umor dia SETAHUN . Dalam kata lain, tempoh pembelajaran tu . Hehehehe sorry . Kekadang gurau gurau pe salah nya kan? Next..... jap !aku rasa korang tak faham la kalau aku tulis macam ni kan?serabut kan?tak nampak kan?susah nak baca kan? Ok.. kita tukar cara penyampaian ..kita buat macam ni👇👇
STAM TU APE?
Stam ni bertaraf diploma tau. Benda ni macam STPM jugak. Kalau dulu .. STAM tak diiktiraf sebagai taraf diploma . Sebab tu lah korang jarang dengar pasal STAM ni. Takde orang nak ambik. Kalau ustazah aku citer STAM ni dulu orang tak panggil STAM, diorang panggil STU . Sape yang ambil STU, takleh masuk Universiti universiti kat Malaysia ni. Diorang wajib pergi MESIR. STU takleh diguna pakai kat Malaysia. Kerajaan angkat sebagai sijil pengajian antarabangsa.
APA YANG DIPELAJARI dan BERAPA SUBJEK ?
Subjek yang akan dipelajari semuanya subjek agama sebanyak 10 subjek . Antaranya:-
- Al Quran / Tajwid
-Hadis / Mustolah
-Tauhid / Mantiq
-Balaghah
-Insyak
-Mutolaah
-Arudh / Qofiyyah
-Feqah / Faraid
-Adab / Nusus
-Nahu / Soraf
Dan yang terakhir ialah MUET. Korang akan ambil MUET awal daripada orang lepas SPM yang terus masuk U tu. Diorang akan ambil diploma selama 2 tahun setengah. Tapi yang ambil STAM hanya 1 TAHUN ajerrr!! Haaaaa! Hebat kan? Tak teringin ker?
KELEBIHAN STAM
kelebihan dia tersangat lah banyak . Haaa! Nak tahu tak pebenda nya ? Serious.. aku tak tipu pun korang .. seyes banyak giler kelebihan . Antaranya :-
- Save umor😏😏
- Diploma 1 tahun dan terus sambung ijazah .
-Automatik boleh pergi luar negara. (Mesir,Jordan,Turkey)
-Banyak Ilmu agama dapat diperolehi
-Still budak sekolah 😂 ( sape sape yang rasa tak puas lagi jadi budak sekolah)
SIAPA YANG BOLEH AMBIL STAM NI?
ok.... sape yang boleh ambil STAM ye?yang boleh ambil STAM hanya lah pelajar pelajar yang bersekolah AGAMA sahaja. Seperti .. SMKA ,SMUA,MAAHAD dan PONDOK.